Jumaat, 6 Mei 2011

7 CARA ERATKAN KASIH SAYANG

  • BERITAHU SAUDARA YANG DICINTAI
 Rasulullah SAW bersabda:
 "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya."(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

  • BERDOA UNTUK MEREKA
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak seorang hamba Mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu."
  • MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU
Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan."(Riwayat Muslim)
  • BERJABAT TANGAN APABILA BERTEMU
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila bertemu dengan saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampuni dosa sebelum berpisah."
  • MENGUNJUNGI SAUDARA 
Dalam kitabnya, Al Muwathtaa, Imam Malik meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Pasti akan mendapat cintaku orang-prang yang mencintai kerana Aku, di mana kedua-duanya saling berkunjung kerana Aku, dan saling memberi kerana Aku.'
  • MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT 
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersbda : "Sesiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (Riwayat Tabrani)
  • MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia pasti Allah akan eringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya. " (Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan